Elisya Sandha bakal timang anak lelaki - Utusan Malaysia

Elisya Sandha bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon, Elisya Sandha mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak lelaki.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Elisya turut memanjatkan rasa syukur atas kehadiran bayi yang bakal menjadi penyeri keluarga kecilnya bersama, Uzair Haqimy Azman.

“It’s a boy! Syukur Alhamdulillah rezeki keluarga kecil kami. Lama kita simpan rahsia ini. Sekarang kita sudah ada mini Haq,” katanya.

Menerusi perkongsia ln tersebut, menantu kepada produser, Sheila Rusly itu turut berkongsi foto momen ketika dia mengadakan majlis ‘Gender Reveal’ untuk kandungan keduanya itu.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar urusan Elisya untuk bersalin dipermudahkan.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, murah rezeki dan panjang umur Elisya,” komen seorang pengikutnya.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah Elisya sekeluarga. Semoga segalanya dipermudahkan urusan bersalin buat Elisya dan bayi,” kata seorang pengguna media sosial.

“Seronoknya dapat sepasang. Rezeki, syukur Alhamdulillah, kita tumpang gembira,” komen seorang peminatnya.

Untuk info, Elisya dan Uzair telah mendirikan rumah tangga pada 20 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya