DUN Terengganu: Tanam durian bawa pulangan lumayan

DUN Terengganu: Tanam durian bawa pulangan lumayan

AZMAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pengusaha yang berkemampuan disarankan menceburi industri tanaman durian kerana ia berpotensi menjana pulangan yang sangat lumayan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, ketika ini durian mendapat permintaan sangat tinggi selepas Malaysia memeterai protokol baharu pengeksportan durian sejuk beku ke China pada Mei 2019, diikuti buah segar pada tahun lalu.

“Kerajaan negeri memfokuskan dua strategi utama iaitu pembukaan kebun durian baharu serta pemulihan dusun sedia ada bagi memastikan bekalan mencukupi untuk pasaran. Potensi hasil tanaman ini mampu mencecah sehingga 14.7 tan metrik untuk satu hektar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika  menjawab soalan lisan Mohd Yusop Majid (Bersatu – Permaisuri) yang ingin tahu apakah jenis pertanian yang boleh memberikan pendapatan tinggi kepada rakyat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu  hari ini.

Statistik terbaru ketika ini menunjukkan keluasan tanaman durian di Terengganu meningkat ketara daripada 1,695.5 hektar pada 2016 kepada 3,165.4 hektar pada tahun lalu.

Menurut Azman, selain durian, kerajaan negeri turut menggalakkan rakyat terlibat dalam tanaman kontan yang lebih mudah diusahakan serta berisiko rendah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya