DUN Terengganu: Perkasa segmen pelancongan berkaitan penyu  

DUN Terengganu: Perkasa segmen pelancongan berkaitan penyu  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri perlu lebih proaktif memperkasa segmen pelancongan berkaitan penyu yang menjadi ikon negeri ini kerana spesies itu semakin terancam.

Ir. Saiful Azmi Suhaili (Pas-Kemasik) berkata, setiap tahun, semakin banyak kematian penyu direkodkan termasuk di sekitar kawasan Kerteh.

Beliau mahu melihat satu langkah terbaik dilakukan bukan sahaja untuk menjaga nasib nelayan yang mencari rezeki dengan memasang pukat malah demi kelangsungan hidup penyu yang kebanyakannya mati lemas akibat terperangkap dalam alat tersebut.

“Apa tindakan yang telah  dilakukan bagi mengawal kematian penyu di perairan Terengganu yang disebabkan oleh pukat-pukat tersebut?

“Apa usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bekerjasama bagi memastikan usaha pemuliharaan penyu ini berjaya?,” soalnya ketika berucap dalam sesi perbahasan di Persimpangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan negeri akan merancakkan lagi program pelancongan seperti pelepasan anak penyu untuk dimasukkan dalam Calendar of Events Terengganu 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya