DUN Kedah: ADUN PN cadang kerajaan negeri wujud syarikat feri ke Langkawi

DUN Kedah: ADUN PN cadang kerajaan negeri wujud syarikat feri ke Langkawi

Gambar hiasan. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri dicadang mewujudkan sebuah syarikat feri miliknya yang dibangunkan secara usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menawarkan alternatif pengangkutan ke Langkawi.

Amar Pared Mahamud (PN-Kuah) berkata, langkah itu tidak hanya mampu meningkatkan mutu perkhidmatan selain membuka peluang pekerjaan baharu tetapi turut berupaya memecah monopoli sedia ada.

“Feri merupakan nadi utama hubungan antara tanah besar dan pulau lagenda, namun kebergantungan kepada satu operator feri sahaja menimbulkan pelbagai masalah termasuk ketidaktentuan jadual, tambang tinggi dan gangguan logistik semasa musim puncak

“Sudah tiba masanya kerajaan negeri melakukan tindakan berani dan tegas dalam memastikan perkhidmatan feri ke Langkawi semakin baik,” katanya ketika membahas usul menjunjung kasih titah Sultan Kedah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Sementara itu, Amar Pared berkata, perbincangan untuk mewujudkan laluan penerbangan bagi laluan Alor Setar ke Pulau Langkawi juga perlu dimulakan sebagai alternatif baharu jaringan pengangkutan. 

“Sebagaimana dititahkan oleh Tuanku Sultan Kedah, jaringan perhubungan dan pengangkutan khususnya ke Pulau Langkawi perlu diperkasakan. 

“Malah, disarankan juga agar sistem digitalisasi tempahan diselaraskan dengan imej pulau pelancongan bertaraf dunia ini dan Tahun Melawat Kedah 2025 adalah platform penting untuk mengangkat imej Kedah. Langkawi sebagai ikon pelancongan pula mesti dipersiapkan dengan kemudahan bertaraf antarabangsa,” ujarnya. 

Menurutnya, sebuah Jawatankuasa Pelaksanaan Tahun Melawat Kedah dan Tahun Melawat Malaysia peringkat Langkawi melibatkan semua pihak juga wajar diadakan.

“Kerajaan negeri, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pemain industri dan wakil masyarakat perlu bersama memajukan industri pelancongan, ia juga sebagai langkah persediaan Kedah sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya