Dulu bercuti bersama, sekarang ajak pun tidak- Abby Abadi - Utusan Malaysia

Dulu bercuti bersama, sekarang ajak pun tidak- Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Imej ‘keluarga contoh’ Abby Abadi dan bekas suami Norman Hakim musnah apabila pelakon itu mendakwa tidak menerima wang nafkah anak-anak sejak bercerai pada 2008.

Menerusi perkongsian panjang di aplikasi Threads, pelakon Gerak Khas The Movie itu terkilan apabila Norman didakwa menafikan hak tuntutan nafkah walaupun hidup serba mewah.

“Semasa saya hidup ini, nampak bila dia ada kemampuan lebih, syok sendiri saja. Kalau saya meninggal tak tuntut (nafkah) sekarang? anak-anak saya pakaian dalam pun tidak merasa daripada dia. 

“Beli pula kereta mewah, lagilah membara hati saya. 

“Saya ada beri ‘hint’ masa hari lahir anak, belikanlah kereta. Tapi dia buat tidak tahu sahaja. Sudahnya anak beli kereta hutang sembilan tahun.

“Saya bukan tidak mahu anak berdikari, tapi bapanya mampu, apalah sangat. Dulu saya biar anak pakai kereta lama 20 tahun saya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby turut mempertikaikan tindakan bekas suami tidak mengajak anak mereka iaitu Marissa Dania, Danish Hakim dan Danisha untuk bercuti bersama. 

“Masa susah sama-sama ke sana sini, tapi bila senang, mereka sahaja. Saya tulis bukan sebab dengki. Demi Allah!

“Sebab saya berharap bila sudah kaya tentu anak dapat menumpang sama tapi nampaknya anak saya  ikut pun tidak ikut bercuti.

“Sebelum ini kalau berjalan, berkumpul sama-sama akan guna kongsep kongsi dengan isteri Norman. Sekarang susah nak bercuti sekali sebab mereka T20.

“Sekarang pun tak boleh kejar untuk ke sana sini atau bayar sama-sama. 

Ajak pun tidak, itulah yang sebenarnya,” ceritanya.

Bagaimanapun, Abby tidak menafikan Norman ada memberikan wang berkaitan perbelanjaan sekolah anak, namun terlepas pandang urusan kewajiban seorang bapa terutama makan, minum dan tempat tinggal. 

“Sekarang anak-anak sudah besar dan pandai usaha cari wang sendiri. Pandai beli sendiri. 

“Saya memang pasti anak-anak tiada isu cuma mama mereka sahaja yang mahu tuntut duit makan, minuman dan tempat tinggal sejak mula bercerai,” katanya. 

Abby dan Norman pernah berkahwin pada 2002 dan dikurniakan tiga anak iaitu, Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim, namun akhirnya bercerai pada 2008.

Norman kemudian berkahwin dengan pelakon, Memey pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya