Dua tong botol plastik dikumpul ketika Sambutan Aidilfitri Madani

Dua tong botol plastik dikumpul ketika Sambutan Aidilfitri Madani

SUKARELAWAN yang terlibat pada program kitar semula botol plastik anjuran WYF di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Program kitar semula botol plastik anjuran Yayasan Belia Sedunia (WYF) sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini berjaya mengumpul dua tong sampah pukal atau roll on roll off (RORO) botol plastik dalam tempoh sehari.

Program yang mendapat kerjasama lebih 100 sukarelawan itu menarik penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan dari dalam dan luar negara termasuk warga Singapura.

Pengerusi WYF, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali berkata, ia membuktikan kesedaran terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar semakin meningkat dalam kalangan masyarakat.

“Jika satu botol plastik 250 mililiter (ml) tanpa air mempunyai berat sekitar 13 gram (g), bayangkan jumlah botol yang berjaya dikutip sehingga memenuhkan dua lori RORO. Ini satu kejayaan besar hasil usaha bersama semua pihak.

“Antara NGO dan agensi yang terlibat termasuk Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka, Kelab Lion, Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Mohd. Ridhwan, program tersebut bukan sahaja memberi impak kepada pengumpulan sisa plastik, malah berjaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengunjung tentang kepentingan pengurusan sisa yang lestari.

“Ini adalah langkah kecil ke arah masa depan yang lebih mampan. Tahun depan, kita merancang untuk meluaskan skop program ini meliputi pengasingan sisa plastik lain seperti cawan dan pinggan plastik serta sisa organik dan makanan yang digunakan sepanjang sambutan di MITC,” katanya.

Program itu turut mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Kebangsaan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya