Dua pegawai kanan baharu terajui PDRM Melaka

Dua pegawai kanan baharu terajui PDRM Melaka

DZULKHAIRI Mukhtar menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Mohd. Nazri Ismail di IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua pegawai kanan baharu kini mengetuai dua jabatan penting di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan harapan memperkukuh aspek keselamatan dan ketenteraman awam di negeri ini.

Asisten Komisioner Nor Azizan Yusof dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) manakala Superintenden Mohd. Nazri Ismail sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pelantikan itu diharap dapat meningkatkan prestasi dan keberkesanan jabatan masing-masing.

“Saya menaruh harapan tinggi agar kepimpinan baharu ini mampu memperkukuh keupayaan jabatan masing-masing, bukan sahaja dari sudut operasi tetapi juga hubungan masyarakat.

“Kejayaan yang lebih besar pasti dapat dicapai dengan komitmen serta semangat berpasukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Tugas Ketua JKDNKA serta Ketua JSJN di IPK Melaka, Bukit Beruang di sini, hari ini.

Nor Azizan yang berpengalaman dalam 69 Komando dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dijangka mampu memperkukuh strategi keselamatan negeri manakala Mohd. Nazri pula diharap memperhebat usaha membanteras jenayah dadah.

Dalam majlis itu, dua pegawai yang memangku jawatan sebelum ini, Deputi Superintenden Mohamedin Bujang dan Deputi Superintenden Chong Ah Chai turut diberikan penghargaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya