PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan dua lelaki menyeludup 60 kilogram (kg) minyak masak peket ke Thailand selepas menahan mereka di Meranti dekat sini semalam.
Kedua-dua suspek berusia 18 dan 43 tahun itu ditahan pada pukul 1.30 pagi menerusi penugasan runtin Op Taring Wawasan Kelantan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, semasa ditahan kedua-dua suspek gagal mengemukakan dokumen berkait kebenaran membawa barangan terbabit.
Katanya, nilai rampasan minyak masak peket itu berjumlah 150.
“Kedua-dua suspek dan barangan kes di serahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan untuk tindakan lanjut
“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN