Dua beranak disamun penjenayah berparang di kedai bunga

Dua beranak disamun penjenayah berparang di kedai bunga

TANGKAP layar video tular kejadian samun yang berlaku di sebuah kedai bunga di Jenjarom, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Dua beranak menempuh detik getir apabila diacu parang oleh sekumpulan penjenayah dalam kes samun di sebuah kedai bunga di Jenjarom di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu mengakibatkan mangsa wanita berusia 49 tahun kerugian hampir RM4,000 selepas rantai leher emasnya dilarikan penjenayah terlibat.

Namun, mangsa dan anak perempuannya berusia 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada mangsa, kira-kira pukul 4.50 petang.

Jelasnya, siasatan mendapati dua beranak yang berada di kedai bunga itu didatangi sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta Proton Saga berwarna putih dengan nombor pendaftaran tidak pasti.

“Kumpulan suspek yang bertutup kepala dan bersenjatakan parang bertindak mengacukan parang terhadap mereka.

“Suspek kemudian menarik rantai emas di leher mangsa lalu melarikan diri menaiki kereta ke arah yang tidak pasti,” katanya.

Tambah Mohd. Sufian, usaha mengesan semua suspek terlibat sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya.

Terdahulu, tiga video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan kejadian samun bersenjata itu yang berlaku dalam tempoh singkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya