Ditipu 'Datuk', Nadeera lebih berhati-hati - Utusan Malaysia

Ditipu ‘Datuk’, Nadeera lebih berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nadeera mendedahkan pernah terfikir berputus asa daripada dunia nyanyian selepas ditipu oleh seorang berpangkat ‘Datuk’ kira-kira RM28,000.

Kongsinya, individu tersebut meluahkan hasrat untuk membantunya menaikkan nama dalam industri seni dan mahu menaja video muzik untuk single yang bakal dikeluarkan.

“Semasa bernyanyi di hotel, ada seorang Datuk katanya berminat dengan nyanyian saya dan mahu taja video muzik. Saya dan pengurus buat kertas kerja dan mesyuarat selama sebulan untuk uruskan penggambaran.

“Tiba-tiba ketika menghampiri tarikh penggambaran, dia seperti tarik tali. Sehari sebelum penggambaran dia batalkan semuanya. Tapi tak boleh buat apa sebab saya sudah panggil penerbit dan perlu bayar prop yang disediakan. Barang yang daripada lori kita kena turunkan dan duit gaji saya habis lesap begitu sahaja.

“Ketika itu terfikir mahu putus asa. Tapi saya ada banyak kenalan yang menasihati saya untuk tidak patah semangat antaranya Allahyarham Adibah Noor,” ujarnya.

Tambah penyanyi Bukan Lagi kita itu, dia menganggap kejadian tersebut sebagai stau pengajaran untuk dia lebih berhati-hati dalam merangka kerjaya seninya.

“Beliau pernah kata suara saya kedengaran seperti artis profesional padahal ketika itu saya masih muda. Arwah seolah percaya saya boleh pergi jauh dan berseloroh untuk utamakan bakat, jangan kahwin dulu.

“Apa yang saya lalui, saya anggap sahaja sebagai pengajaran. Maklumlah ketika itu kita masih terlalu naif mudah percaya orang. Rupanya datuk tersebut bukanlah orang industri hiburan. Entah-entah dia bukan ‘Datuk’ sebenar pun,” katanya ketawa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya