KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak dari Kuala Ibai, di sini sedih dan kecewa kerana sering diejek kawannya akibat penyakit ekzema kronik yang dihidapinya. Mohammad Irman Ezany Mohd. Izan, 9, mula menghidap penyakit itu sejak berusia dua tahun. Sakit akibat luka dan gatal melampau menyebabkannya tidak mampu mengikuti sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga dengan baik. Ibunya, Siti Norhasibah Mohamed, 36, berkata, tiada yang lebih menyedihkannya selain melihat Mohammad Irman Ezany menderita bukan sahaja dari segi fizikal malah emosi. “Buat masa ini pengurusan sekolah beri dia cuti untuk tumpukan kepada rawatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya