‘Dia duduk di tepi ceruk, kata tiada kawan’ - Utusan Malaysia

‘Dia duduk di tepi ceruk, kata tiada kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Hael Husaini tampil merungkai sisi peribadi penyanyi, Nadeera Zaini di saat dirinya berada di titik terendah dalam hidupnya.

Menurut Hael, sikap merendah diri dan kurang keyakinan Nadeera pada awal kemunculannya dalam industri muzik tanah air membuatkan dirinya tertarik mahu membantu penyanyi itu.

“Saya ingat ketika di pentas separuh akhir satu program itu, masa itu dia (Nadeera) duduk di tepi ceruk. Semua orang tengah berkumpul ramai-ramai tapi dia seorang saja di situ.

“Jadi, saya tegur dia dan tanya kenapa duduk sendirian di situ. Lepas itu dia kata dia tiada kawan. Masa itu ramai rakan artis lain di belakang.

“Tapi dia, sebab saya kenal dia dan dia memang ada perangai yang rasa diri dia tidak hebat. Terus terdetik hati saya macam satu hari nanti kalau ada rezeki, saya akan bekerja dengan dia,” katanya.

Hael berkongsi perkara itu menerusi sebuah sesi audio siar Carta Era 40 yang dikendalikan oleh Elly Mazlein di TikTok.

Kagum dengan pencapaian penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu, Hael turut meluahkan rasa lega apabila dapat mendokong kerjaya seni Nadeera sehingga ke tahap kini.

“Selepas setahun, setelah semua yang terjadi dan apa yang dilalui, terciptalah lagu itu yang
berkisahkan tentang apa yang dia rasa sebenarnya.

“Saya rasa macam bila saya ditemukan dengan insan Nadeera ini adalah Tuhan sudah bagi jalan untuk benda itu.

“Selepas itu, jadilah Nadeera sekarang. Saya tidak mahu cerita lebih-lebih sebab dia senang
tersentuh.

Mendengar perkongsian tersebut, Nadeera yang turut hadir dalam sesi audio siar itu dilihat gagal menahan air mata sewaktu Hael bercerita tentang keperibadiannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya