Dedikasi Neelofa berdoa dalam setiap sujud - Utusan Malaysia

Dedikasi Neelofa berdoa dalam setiap sujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Setiap sujud yang saya buat, saya akan mohon satu doa.”

Demikian perkongsian pengacara dan usahawan popular, Neelofa yang sering mendedikasikan satu doa khusus dalam setiap sujud ketika mendirikan solat.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata, dia suka menggunakan istilah ‘gedik’ ketika memohon sesuatu perkara yang dihajatkan agar doanya didengari Sang Pencipta.

“Saya akan jadi ekstra gedik dengan Allah ketika berdoa demi memohon apa yang saya hajatkan. Doa yang mudah seperti ‘Ya Allah berikan anak aku selera makan, bagilah dia sihat dengan masakanku’.

“Setiap doa itu saya akan ulang dalam setiap sujud, jadi kalau solat empat rakaat, saya akan ulang doa yang sama sebanyak lapan kali.

“Saya akan dedikasi satu doa dalam setiap solat. Kemudian, saya dapat rasakan perbezaannya,” katanya.

Neelofa berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah saluran audio siar yang dikendalikan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di YouTube.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau PU Riz itu turut berkongsi cara yang terbaik untuk berdoa adalah dengan mencantumkan garisan pada kedua-dua tapak tangan.

Katanya, posisi tersebut membuatkan seorang individu lebih mudah fokus dan kelihatan merendah diri ketika memanjatkan doa kepada Ilahi.

“Untuk kita rasakan apa yang kita doa, cantumkan kedua-dua garisan pada tapak tangan kita seolah orang boleh letak sesuatu.

“Fokus dengan apa yang kita mahu minta pada Allah. Dengan posisi sebegitu, badan kita akan jadi lebih merendah diri,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya