DBKL sita barangan niaga tujuh penjaja warga asing tanpa lesen

DBKL sita barangan niaga tujuh penjaja warga asing tanpa lesen

ANTARA barangan perniagaan milik tujuh penjaja warga asing yang disita selepas didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan perniagaan milik tujuh penjaja warga asing yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar ibu negara, semalam.

Tindakan itu dilaksanakan menerusi operasi khas Jabatan Penguatkuasaan di sekitar Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin.

“Operasi dijalankan atas kesalahan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan perniagaan yang disita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras untuk tujuan dokumentasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut DBKL, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan terutama di kawasan panas yang dikenal pasti sebagai lokasi aktiviti penjajaan haram oleh warga asing.

Langkah tegas ini penting bagi memastikan pematuhan peraturan, menjaga ketenteraman awam serta melindungi kebajikan peniaga tempatan yang berniaga secara sah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya