Dana RM100,000 kempen kesedaran hidup sihat tanpa dadah di Kelantan

Dana RM100,000 kempen kesedaran hidup sihat tanpa dadah di Kelantan

HIBISCUS Petroleum menyumbangkan dana sebanyak RM100,000 untuk program Drug-Free Living & Hygiene dalam usaha memberi kesedaran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah di Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited (Hibiscus Petroleum) menyumbangkan dana sebanyak RM100,000 disumbangkan oleh untuk program Drug-Free Living & Hygiene dalam usaha memberi kesedaran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah di Kelantan.

Pengerusi Hibiscus Petroleum, Zainul Rahim Mohd. Zain berkata, peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada 500 penduduk terutama di Pasir Puteh dalam tempoh setahun.

Menurutnya, program berkenaan turut melibatkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang dilancarkan pada awal bulan ini.

“Aktiviti yang diadakan antaranya Kempen Pencegahan Dadah dan Sesi Kaunseling bersama Angensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Program Rekreasi Komuniti, Pembersihan dan Kitar Semula selain program Duta Belia dan Bengkel Kemahiran Hidup.

“Selain menekankan gaya hidup sihat tanpa dadah, program itu juga menggalakkan senaman, pemakanan sihat, diet seimbang disamping membina komuniti yang berkepimpinan serta berdaya tahan terhadap pengaruh negatif terutamanya dadah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Hibiscus Petroleum di sebuah hotel di sini hari ini.

Zainul Rahim memberitahu, Program Drug-Free Living and Hygiene julung kali diadakan dan akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya ia memberi impak positif.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya