Dakwaan UMNO lemah tidak gambar realiti politik semasa - Utusan Malaysia

Dakwaan UMNO lemah tidak gambar realiti politik semasa

SAARANI Mohamad (tiga dari kiri) pada Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan dekat Bidor hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Dakwaan UMNO semakin hilang taring apabila tidak lagi bersama Pas sama sekali tidak menggambarkan realiti politik semasa.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO tetap utuh sebagai sebuah parti apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Malah katanya, ada dalam kalangan pemimpin UMNO juga memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara termasuk sebagai Timbalan Perdana Menteri dan menteri.

“Macam mana dikatakan hilang taring kalau kita jadi kerajaan Pusat dan negeri. Hilang taring ini kalau sebelum berpisah, kita jadi kerajaan dan selepas tidak bersama, kita jadi pembangkang.

“Di peringkat Persekutuan kita ada 30 kerusi Parlimen dan jadi sebahagian dari kerajaan. Kita ada jawatan timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Program Sejati Madani Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Dewan Orang Ramai Kampung Kenangan dekat Bidor di sini hari ini.

Menurut Saarani, sebagai contoh di Perak kekuatan parti jelas kehilangan apabila memperoleh sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan beliau sendiri sebagai Menteri Besar Perak.

“Di Perak kita dapat sembilan kerusi dan jadi kerajaan. Saya jadi Menteri Besar, ada speaker dan tiga exco.

“Jadi dekat mana hilang taringnya? Ikut sedap mulut sahaja,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Mega Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning di Kampung Tanjung Keramat di sini semalam menyifatkan UMNO semakin hilang taring apabila berpisah dengan Pas.

Menurut beliau, perkara itu dibuktikan dengan kemerosotan undi Melayu terhadap parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya