Cubaan seludup ganja dalam bungkusan makanan haiwan  bernilai RM20.57 juta

Cubaan seludup ganja dalam bungkusan makanan haiwan  bernilai RM20.57 juta

AHMAD Taufik Sulaiman (tiga kanan) menunjukkan ganja yang dirampas di Kompleks Kastam Kargo KLIA.. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki ganja yang disembunyikan di dalam bungkusan makanan haiwan peliharaan dianggarkan bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bulan lalu.

Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam JKDM Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, berdasarkan maklumat risikan yang diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah Unit III KLIA telah menjalankan pemeriksaan ke atas satu dagangan di sebuah pengendali terminal kargo udara.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati dagangan berkenaan mengandungi bahan yang disyaki dadah jenis ganja seberat 210 kilogram.

“Kita percaya dadah itu cuba diseludup dari salah sebuah negara Asia Tenggara dan transit di Malaysia, sebelum ia dihantar ke destinasi terakhir iaitu Eropah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Taufik berkata, barangan yang dirampas itu diikrar sebagai beberapa dagangan seperti makanan ringan, pakaian lusuh terpakai, kasut sukan, barangan daripada kapas, makanan haiwan peliharaan, produk makanan berperisa serta bahagian tumbuhan.

Katanya, sebahagian daripada dagangan yang diikrar itu memang benar adalah kasut dan pakaian lusuh, namun bungkusan makanan haiwan peliharaan dan makanan ringan itu diisi dengan dadah disyaki ganja ini.

“Setakat ini tiada sebarang penahanan dibuat dan kes masih lagi dalam siasatan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta hukuman sebat tidak kurang 12 kali, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya