CSR bukan sekadar ‘atas cek’ - Johari

CSR bukan sekadar ‘atas cek’ – Johari

JOHARI Abdul Ghani (tengah) selaku panel pada Majlis Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri Lima di Sunway Resort, Petaling Jaya, Selangor. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha ke arah mewujudkan rantaian bekalan dan peluang pekerjaan perlu diberi perhatian oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata,  ia perlu menjadi pemangkin dalam mewujudkan rantaian bekalan dan peluang pekerjaan di negara ini.

Malah katanya,  GLIC tidak seharusnya tertumpu kepada ‘menandatangani cek’ semata-mata terutama berkaitan CSR.

“Mereka mesti memainkan peranan dalam mengangkat komuniti yang kurang mendapat perhatian. Inilah CSR  yang lebih bermakna.

“Paling penting ini bukan soal menandatangani cek semata-mata. Mereka ada tanggungjawab dan perlu digalakkan untuk mengurangkan import. Syarikat ini perlu melabur kepada rantaian bekalan dan kemudiannya pelabur yang datang ini boleh mencipta pekerjaan kepada rakyat,” katanya ketika Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri Lima di sini, malam tadi.

Forum disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah Johari, pegangan saham GLIC di Bursa Malaysia yang  mencecah kira-kira 40 peratus juga menjadi pertimbangan utama ramai pelabur asing sebelum membuat keputusan melabur di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya