Counter setting: SPRM tahan bekas pegawai Imigresen bersara awal

Counter setting: SPRM tahan bekas pegawai Imigresen bersara awal

SEORANG bekas pegawai Imigresen dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah tahanan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang lagi bekas anggota Imigresen ditahan selepas disyaki bersekongkol dengan kegiatan membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 (KLIA1) dan KLIA Terminal 2 (KLIA2) di Selangor.

Suspek berusia 50 tahun dengan jawatan terakhir sebagai pegawai Imigresen ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang pada pukul 11.55 malam semalam.

Kes disiasat semasa suspek bekerja di KLIA sebelum suspek bersara awal pada 1 Januari tahun lalu. 

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nor Izzati Zakaria selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Pahang, Mohd. Shukor Mahmud mengesahkan penahanan. 

Semalam, media melaporkan tiga anggota imigresen ditahan selepas disyaki bersekongkol dalam kegiatan membawa masuk warga asing tanpa melalui pemeriksaan di KLIA1 dan KLIA2. 

Difahamkan kegiatan sindiket yang bermula sejak 2021 hingga 2024 itu melibatkan habuan wang tunai lebih RM10 juta yang turut diagihkan kepada penjawat awam terlibat.

Kakitangan imigresen itu dipercayai menjadi tali barut bagi melepaskan warga asing yang tiba di negara ini tanpa melalui prosedur ditetapkan menerusi modus operandi ‘counter setting’ di KLIA1 dan KLIA2. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya