Cara nyanyian dipersenda, Fauziah Latiff tidak ambil hati - Utusan Malaysia

Cara nyanyian dipersenda, Fauziah Latiff tidak ambil hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Meskipun sudah lebih 30 tahun menceburi industri muzik tanah air, penyanyi, Fauziah Latiff mengakui dirinya tidak dapat lari dari berdepan dengan kritikan umum.

Cakna cara nyanyiannya sering dipersenda, Fauziah berkata, perkara itu bukanlah penghalang untuknya terus menjadi seorang penghibur dalam industri seni tanah air

“Nyanyian dipersendakan itu perkara biasa. Yang mana mengenali saya atau tidak, tidak mengapa. Saya sendiri tahu kemampuan diri saya sendiri. Jadi, itu bukanlah masalah bagi saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu tersebut juga positif bahawa setiap kritikan itu sekadar peringatan untuk dirinya selain terbuka menerima sebarang kecaman.

“Saya tidak ambil hati dengan kritikan tersebut kerana mereka ada hak untuk berkata apa saja. Saya sangat positif dan okey saja.

“Pada saya, kritikan itu hanyalah sekadar peringatan untuk diri saya. Yang mana boleh terima dan kenal saya, Alhamdulillah,” jelasnya.

Ditanya mengenai perancangannya untuk membuat konsert, Fauziah memberitahu dirinya belum bersedia memandangkan proses persiapan untuk sesebuah konsert itu tidak mudah.

“Nantilah dahulu, Insya-Allah. Sebenarnya, setiap tahun ada saja syarikat yang menawarkan untuk menganjurkan konsert untuk saya.

“Tetapi untuk persiapkan dari bagi sesuatu perkara yang bagus itu tidak mudah. Untuk adakan konsert itu adalah perkara serius bagi saya.

“Saya diajar untuk menitikberatkan pelbagai aspek termasuklah perihal belakang tabir. Insya-Allah, kalau ada rezeki satu hari nanti,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya