Calon PN yakin mampu beri cabaran  

Calon PN yakin mampu beri cabaran  

ABDUL Muhaimin Malek ditemui pemberita selepas penamaan calon bagi  PRK Ayer Kuning di Dewan Merdeka, Tapah hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek, 44, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan yakin mampu memberi cabaran kepada calon Barisan Nasional (BN).

Katanya, respon pengundi setakat ini amat positif berdasarkan kelebihannya sebagai anak tempatan selain menjanjikan kempen secara agresif dengan menghampiri semua pengundi.

“Siapa yang masuk bertanding (pilihan raya) harapkan kemenangan termasuk saya. Kami (PN) amat-amat positif, bertawakal, berusaha dengan gigih selain berdoa kepada Allah SWT untuk mendapatkan kemenangan.

“Kita berusaha untuk pergi ke setiap rumah pengundi dalam tempoh (berkempen)  termampu dengan kesihatan, kudrat dan jentera yang ada,” katanya pada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Merdeka di sini hari ini. 

Katanya, PN khususnya Pas akan mengeluarkan semua duit tabung parti dan kekuatan bagi menyantuni seluruh pengundi Ayer Kuning.

Beliau turut mengharapkan kempen yang mesra dan mengikut lunas demokrasi sepanjang PRK tidak mengira parti kerajaan dan pembangkang.

PRK DUN Ayer Kuning melibatkan pertandingan tiga penjuru iaitu Abd. Muhaimin sendiri daripada PN, Barisan Nasional (BN) diwakili Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, sementara Bawani KS, 40, pula mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya