Calon Ketua Cabang Tangga Batu dakwa sistem undi dimanipulasi

Calon Ketua Cabang Tangga Batu dakwa sistem undi dimanipulasi

TEH Wah Ning (tengah) menunjukan surat bantahan yang dikemukakan kepada JPP dalam sidang akhbar di Cheng, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Calon Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tangga Batu, Tey Wah Ning mendakwa, berlakunya manipulasi sistem pengundian lantas menyebabkan dirinya tewas dalam saingan tiga penjuru pemilihan parti itu, Sabtu lalu.

Wah Ning berkata, situasi itu turut berlaku di Cabang Hang Tuah Jaya (HTJ), Kota Melaka, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

“Kita pakai aplikasi pemilihan, mesti ketiga-tiga calon yang bertanding jawatan ketua cabang, mesti undi keseluruhan akan sama tetapi sebaliknya jumlah itu tidak sama.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) memaklumkan jumlah keluar mengundi seramai 1,376 tetapi ketua cabang ada 1,375 orang, jawatan timbalan 1,368 orang dan naib pula 1,367 orang. Jadi amat pelik jumlah keseluruhan tidak sama.

“Ini kerana sewaktu mengundi tiga jawatan utama setiap pengundi mesti memilih ketua, timbalan dan naib. Jika tidak undian itu tidak diterima masuk oleh aplikasi tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Cheng di sini, hari ini.

Pada pemilihan Sabtu lalu, Wah Ning memperoleh 198 undi, justeru jawatan Ketua PKR Cabang Tangga Batu dimenangi Azlan Osman yang mendapat 609 undi manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck sekadar meraih 568 undi.

Tambah Wah Ning, beliau telah mengemukakan surat bantahan yang disertakan dengan bukti kepada JPP sebelum tarikh tamat bantahan, pukul 5 petang tadi.

“Saya harap JPP dapat membuat pertimbangan pemilihan semula Cabang Tangga Batu secara fizikal dan bukannya secara dalam talian,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya