Calon hanya terima satu tawaran, MRSM atau SBP - Utusan Malaysia

Calon hanya terima satu tawaran, MRSM atau SBP

AHMAD Zahid Hamidi bersama pelajar pada Wacana Inspirasi di MRSM Lenggong, Perak. - UTUSANMUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Setiap calon hanya akan menerima satu tawaran sahaja sama ada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai pengambilan Januari 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setiap calon bagaimanapun masih boleh memohon untuk memasuki kedua-dua sekolah tersebut namun hanya akan menerima salah satu sahaja.

Katanya, penyelarasan akan dilakukan oleh pihak kerajaan di mana misalnya calon yang sudah mendapat tawaran memasuki MRSM tidak lagi akan menerima tawaran SBP pada kemudian hari.

“Apabila MRSM memberikan surat tawaran terlebih dahulu kepada pelajar, mereka terima. Tetapi apabila menerima tawaran yang kedua (SBP) kemudiannya, mereka beralih arah memasuki SBP.

“Kedua-duanya adalah merupakan institusi pendidikan kerajaan. Oleh demikian saya akan cadangkan supaya dilakukan penyelarasan. Hanya satu sahaja tawaran yang akan ditawarkan oleh kedua-dua institusi,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Wacana Inspirasi di MRSM Lenggong di sini hari ini.

Menerusi perkongsian dalam media sosial, terdapat mereka menolak atau keluar daripada MRSM atas pelbagai alasan seperti enggan menerima penempatan sekolah yang ditawarkan serta menerima pilihan memasuki SBP.

Ahmad Zahid berkata, langkah itu dicadangkannya atas kapasiti beliau menjadi pengerusi jawatankuasa penyelaras pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diterapkan untuk kedua-dua MRSM serta SBP.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak kerajaan serta MRSM tidak akan bertoleransi terhadap pembuli-pembuli di sekolah dengan mengambil prinsip ‘you touch, you go’ (kamu sentuh, kamu dikeluarkan).

Beliau mahu pelajar MRSM yang dilahirkan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi dipenuhi dengan akhlak dan budi pekerti yang baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya