Calon BN sudah isytihar harta - Utusan Malaysia

Calon BN sudah isytihar harta

MOHAMAD Yusri Bakir (dua dari kanan) ketika kempen berjumpa pengundi di Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, telah mengisytiharkan harta sebelum memilih untuk bersara daripada perkhidmatan awam.

Menurut beliau, pengisytiharan harta adalah prosedur biasa dalam kalangan penjawat awam terutama bagi mereka yang mahu bersara awal.

“Saya memang sudah isytihar harta sebelum bersara dan ia memang prosedur wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebagai penjawat awam, kita ada akses untuk isytihar harta.

“Maksudnya sebelum bersara awal perlu ada proses yang dijalankan bagi memastikan kita bersih daripada sebarang tindakan tatatertib termasuk melepasi tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kempen di sekitar kawasan Tapah Road di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cabaran calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS untuk dua calon lain PRK iaitu Dr. Mohamad Yusri Bakir dan Abd. Muhaimin Malek dari Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan harta

Menurut Bawani, tradisi itu sudah lama diterapkan PSM sejak 1999 setiap kali pilihan raya.

Mengulas lanjut Mohamad Yusri berkata, tindakan calon PSM mengisytiharkan harta adalah pilihan peribadinya dan tiada keperluan untuk beliau juga berbuat demikian.

“Saya sudah mengisytiharkan kepada mereka yang berwajib, jadi tak perlu saya isytihar apa saya ada,” katanya.

Sementara itu, mengulas kempen yang dijalankannya, beliau berkata, usaha sedang dilakukan bagi memperhebatkan kempen untuk menyantuni seberapa ramai pengundi dalam tempoh berbaki empat hari lagi.

“Kita telah menyantuni ramai pengundi merangkumi lebih 70 peratus kawasan. Sekarang kita sudah masuk ‘gear’ lima dan akan tingkatkan strategi untuk memenangi hati pengundi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya