PETALING JAYA: Bursa Malaysia didagangkan positif apabila naik 7.95 mata kepada 1,451.75 pada pukul 9.05 pagi hari ini, berbanding 1,443.80 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,451.43.
Jumlah dagangan sebanyak 87.41 juta unit bernilai RM82.73 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 300 berbanding 91 dengan 207 kaunter tidak berubah dan 1,751 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 1,632.44 mata atau 5.24 peratus kepada 32,769.02 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.30 peratus kepada 2,358.49 dan Indeks STI Singapura turun 0.56 peratus kepada 3,520.72. – UTUSAN