PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 27.28 mata kepada 1,435.85 pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,463.13 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,441.66.
Jumlah dagangan sebanyak 127.0 juta unit bernilai RM103.87 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 414 berbanding 54 dengan 199 kaunter tidak berubah dan 1,698 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 1,756.70 mata atau 5.08 peratus kepada 32,852.30 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.94 peratus kepada 2,397.69 dan Indeks STI Singapura turun 3 peratus kepada 3,470.54. – UTUSAN