PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 9.22 mata kepada 1,509.69 pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,518.91 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,509.01.
Jumlah dagangan sebanyak 101.28 juta unit bernilai RM56.21 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 368 berbanding 43 dengan 183 kaunter tidak berubah dan 1,777 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 838.67 mata atau 2.41 peratus kepada 33,897.26 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.30 peratus kepada 2,479.15 dan Indeks STI Singapura turun 1.29 peratus kepada 3,891.26 – UTUSAN