Bukan bodyguard, hanya pembantu peribadi - Hael Husaini

Bukan bodyguard, hanya pembantu peribadi – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini menafikan dirinya kini diiringi pengawal peribadi dalam kehidupan hariannya.

Sebaliknya, penyanyi lagu Jampi itu berkata, individu yang sering dilihat mengiringinya hanyalah pembantu peribadi yang ditugaskan untuk memandu kenderaan.

“Sebenarnya itu bukan bodyguard itu pembantu saya. Dia yang tolong bawa kereta sebab saya pun bukan pandai sangat memandu, apatah lagi nak speeding ke lokasi persembahan,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Raya di Glam Hall Neo Damansara, semalam.

Katanya lagi, kehadiran pembantu itu penting bagi memastikan kelancaran urusan kerja, terutama dalam menjaga masa dan kepuasan klien.

“Kalau saya ada banyak show, saya perlukan orang yang boleh bantu saya bergerak tepat pada masanya supaya semua klien berpuas hati

Walau bagaimanapun Hael tidak menolak kemungkinan akan menggunakan khidmat pengawal peribadi jika memerlukan dalam acara yang melibatkan jenama besar dan barangan berharga.

Penyanyi itu berkata, buat masa ini dia belum melihat keperluan untuk mendapatkan khidmat pengawal peribadi secara tetap, kecuali dalam acara tertentu.

“Kalau ada pun, mungkin untuk acara-acara melibatkan jenama besar yang memerlukan keselamatan barangan bernilai. Bukan untuk jaga saya pun, tapi lebih kepada menjaga barangan yang saya pakai ketika majlis berlangsung,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN