PETALING JAYA: Seekor buaya tembaga seberat lebih 300 kilogram (kg) yang dipelihara sejak 46 tahun lalu di sebuah kediaman di Taman Country Heights, dekat sini, berjaya dipindahkan dengan selamat. Operasi pemindahan itu dilaksanakan sepasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor dengan kerjasama Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) pada 13 April lalu. Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd. Adib Wan Mohd. Yusoh berkata, proses pemindahan dilakukan bermula pukul 9.30 pagi selepas pemiliknya membuat penyerahan secara sukarela atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan haiwan dan menyokong usaha konservasi jangka panjang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya