BSMM sumbang tiga tan bantuan kemanusiaan ke Myanmar

BSMM sumbang tiga tan bantuan kemanusiaan ke Myanmar

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyumbangkan tiga tan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Myanmar.

Sumbangan itu sebahagian daripada usaha bersama yang mengumpulkan 15 tan bantuan kemanusiaan untuk negara berkenaan yang dilanda gempa bumi berkekuatan 7.7 magnitud pada 28 Mac lalu.

Setiausaha Agung BSMM, Datuk Danial Iskandar Abdul Rahman berkata, bantuan merangkumi 100 set dapur, 200 set kit kebersihan, 1,085 set tuala wanita, 94 helai selimut, 348 unit kelambu dan bekalan penting lain.

“Selain bantuan fizikal, BSMM turut menghantar dua orang sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan di kawasan terjejas,” katanya.

Inisiatif bantuan dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama BSMM dan rakan-rakan Rakan NADMA Disaster Emergency Exercise (RANDEX). Organisasi seperti Tzu Chi Malaysia, Kembara Kitchen, Pertubuhan Ihsan Johor, dan MyCARE turut menyumbang.

Danial Iskandar berkata, misi itu mencerminkan hubungan kerjasama yang kukuh antara BSMM dan NADMA dalam memberikan tindak balas segera terhadap keperluan kemanusiaan.

“Kami berbangga dapat berganding bahu bersama agensi kerajaan dan rakan-rakan kami untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada jiran kita di Myanmar. BSMM terus komited dalam memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara,” katanya.

BSMM turut menyeru orang ramai, rakan korporat dan organisasi komuniti untuk terus menyokong usaha bantuan yang sedang dijalankan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi BSMM melalui Malayan Banking Berhad (Maybank), nama akaun Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, nombor akaun 5144 2210 7228 dengan rujukan “Gempa Myanmar”.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM di talian +603 2143 8122 atau emel [email protected]. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya