BN tarik sokongan pengundi atas pagar - Utusan Malaysia

BN tarik sokongan pengundi atas pagar

MOHAMAD Hasan (tengah) bersama calon BN, Mohamad Yusri Bakir ketika kempen PRK Ayer Kuning di Tapah hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Barisan Nasional (BN) mendekati pengundi atas pagar bagi menarik sokongan golongan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, setakat ini, pihaknya telah menemui ramai pengundi yang dikategorikan putih, kelabu dan hitam.

“Ini penting untuk kita dapat secara kasar berapa jumlah undi (jangkaan) untuk menjangka kedudukan dalam PRK DUN Ayer Kuning,” katanya kepada pemberita di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Batu 3 Ayer Kuning di sini hari ini.

Yang turut hadir calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir.

Katanya, pengundi kelabu mempunyai pengaruh signifikan dalam PRK DUN Ayer Kuning akan didekati melalui sesi penerangan yang sewajarnya kerana ada isu tertentu yang menganggu sokongan atau pemikiran mereka.

“Saya tidak suka bersyarah tetapi berdialong dan akan cuba untuk menjawab sebanyak mungkin soalan yang mana mereka sendiri ingin ketahui daripada kepimpinan parti.

“Terutamanya banyak tuduhan UMNO bergantung dengan DAP. Itu isu utama yang dimainkan iaitu UMDAP,” katanya.

Katanya, kebanyakan pengundi muda yang majoritinya tidak berparti sewajarnya ditangani berdasarkan trend selain menangani isu berkaitan mereka secara berkesan.

“Kita mahu anak muda diberikan penerangan. Yang pertama kali mengundi ramai, sekarang automatik jadi pengundi umur 18 tahun sahaja.

“Mereka tidak pernah ada parti. Biasanya budak muda ingin kepastian sebelum memberi mandat kepada calon yang mereka sokong pada PRK nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya