BN menang majoriti selesa jika 70 peratus keluar mengundi - Utusan Malaysia

BN menang majoriti selesa jika 70 peratus keluar mengundi

AHMAD Maslan bersama petugas media ketika melawat Pusat Media PRK Ayer Kuning di Tapah, semalam. UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Barisan Nasional (BN) yakin menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sekiranya 70 peratus daripada 31,897 pemilih berdaftar keluar mengundi Sabtu ini.

Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu bukan sahaja membolehkan calon bertanding mempertahankan kerusi malah menambah majoriti sedia ada.

“War room berpandangan jika 70 peratus keluar mengundi, kita boleh menang dengan majoriti selesa. Sasaran tinggi lebih bagus kerana pucuk pimpinan menyasarkan 75 peratus.

“Jika jumlah itu kita dapat capai, maka majoriti 2,000 sebelum ini boleh ditambah ke satu angka yang lebih menyakinkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, tinjauan di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) mendapati setiap jentera parti bekerja keras membantu kempen dan setakat ini usaha tersebut menunjukkan petanda positif.

Malah katanya, culaan pengundi kali kedua menerusi ‘dry run’ di PDM juga membantu jentera mengenal pasti pengundi putih, hitam dan kelabu.

“Setelah meninjau beberapa PDM tengah hari tadi dan daripada laporan yang disebut, saya ada keyakinan setelah melihat pengundi putih dan hitam, kita kini berada dalam kedudukan mendahului.

“Apa yang penting sekarang ialah membawa keluar seramai pengundi yang boleh. Jika di PRK DUN Mahkota, ada yang menyebut pengundi Cina di sana kurang keluar kerana baru selesai perayaan, jadi kita berusaha bersungguh-sungguh membawa keluar pengundi Melayu.

“Di Ayer Kuning kita ingin mengeluarkan pengundi semua kaum. Kita akan pujuk mereka untuk balik dan diharap pujukan itu dapat mengembalikan pengundi luar kawasan untuk beraya kali kedua.

“Kiranya raya kali pertama sebelum ini ialah hari raya Aidilfitri dan kedua pula pilihan raya. Kita harap mereka akan balik pada Jumaat dan Sabtu ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya