Blood Brothers dapat rebat RM1 juta - Utusan Malaysia

Blood Brothers dapat rebat RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Produksi filem Blood Brothers Bara Naga bakal menerima rebat RM1 juta daripada kerajaan di bawah Insentif Filem Malaysia (FIMI).

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, inisiatif 30 peratus itu diberikan sebagai bantuan lebih strategik untuk memperkasakan penerbitan naskhah tempatan.

“Ada keperluan untuk memberi peluang kepada syarikat filem tempatan menerusi struktur bantuan yang lebih mantap.

“Dengan bajet filem ini sebanyak RM7 juta, satu juta akan dikembalikan menerusi FIMI bagi membantu dan menghargai inisiatif syarikat yang melakukan penggambaran,” katanya.

Fahmi ditemui Utusan Malaysia di majlis tayangan perdana Blood Brothers Bara Naga di IOI City Mall Putrajaya pada Isnin.

Tambah Fahmi lagi, dia turut berharap industri perfileman negara akan terus menghasilkan naskhah yang boleh menjana pendapatan menerusi harta intelek (IP).

“Diharapkan di masa hadapan ia akan membuka laluan agar syarikat tidak hanya bergantung harap kepada Dana Kandungan Digital (DKD) Finas.

“Saya juga menjangkakan dalam masa yang singkat kita akan ada penglibatan daripada syarikat lain seperti perbankan komersial yang melihat hasil karya ini sebagai hak intelek (IP) yang boleh menjana pendapatan.

“Saya percaya perkara ini boleh dihasilkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fahmi melihat kepercayaan itu boleh diraih sekiranya sesuatu naskhah itu mempunyai skrip dan sutradara yang meyakinkan.

“Bagi mendapatkan filem yang bagus, kita memerlukan skrip, produksi, promosi dan sutradara yang lengkap.

“Pada masa yang sama kita boleh membangunkan lebih banyak syarikat produksi seperti Skop.

“Selain itu saya berharap semua akan ambil sedikit masa untuk menonton filem buatan Malaysia dan buktikan naskhah tempatan memang baik untuk semua,” katanya.

Filem Blood Brothers bakal menemui penonton pada 10 April 2025.

Turut memeriahkan filem ini ialah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini dan Wan Hanafi Su.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya