PETALING JAYA: “Tolong jangan suka hati cakap perempuan lain nampak murah, itu sangat biadab.”
Demikian respons pelakon, Datin Intan Najuwa terhadap seorang individu yang meninggalkan komen biadab terhadapnya selepas berkongsi foto dirinya mengenakan baju kurung yang menampakkan singlet.
Menurut Intan, baju kurung berona hijau yang dipakainya itu didatangkan satu set bersama singlet tersebut.
“Baju bahagian dalam itu dah sekali dengan kurung sebagai satu set,” tegasnya.
Intan menjelaskan perkara itu bagi membidas tindakan netizen bermulut puaka yang melabelnya ‘murah’ kerana berpakaian sedemikian.
“Nampak singlet terus nampak gaya murah,” komen individu berkenaan secara terbuka.
Kagum dengan ketegasan pelakon itu, rata-rata warganet memuji keberanian Intan dalam menegur sikap sesetengah netizen yang suka menilai secara melulu.
“Bagus Intan berani bersuara kalau rasa ada benda menyakitkan hati. Orang cantik, pakai apa pun tetap nampak classy,” puji seorang netizen.
“Setuju dengan Intan. Bukan semua perkara kita boleh komen sesuka hati. Jaga adab dalam media sosial,” tulis seorang lagi netizen.
“Dah cantik, lagi pun fesyen kan, tetap juga ada yang nak mencari salah. Tak faham betul,” kata seorang pengguna media sosial.-UTUSAN