Bengkel Robotik Cungkil Bakat Guru di Pahang - Utusan Malaysia

Bengkel Robotik Cungkil Bakat Guru di Pahang

PESERTA Bengkel Robotik anjuran bersama Jabatan Pendidikan Pahang dan Roboticist Malaysia bergambar kenangan baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 13 guru dari seluruh negeri Pahang menyertai bengkel robotik anjuran Roboticist Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bengkel ini bertujuan memperkasa kemahiran guru dalam bidang robotik dan memberi pendedahan kepada aplikasi dunia sebenar teknologi tersebut.

Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada modul latihan intensif, perisian robotik terkini dan strategi bimbingan pelajar.

Menurut penganjur, objektif utama bengkel adalah mencungkil bakat muda dalam kalangan pelajar untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa seperti Pertandingan Robotik FIRST Global Challenge yang akan berlangsung di Panama City, Panama.

Bengkel ini turut menjadi platform penting memperluas jaringan pendidikan STEM dalam kalangan warga pendidik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya