Bell Ngasri tidak tahu punca tawaran kurang lepas menang anugerah - Utusan Malaysia

Bell Ngasri tidak tahu punca tawaran kurang lepas menang anugerah

KUALA LUMPUR, 18 November 2024 - Bell Ngasri pada majlis santai pelancaran produk Sambell’s Hidang Kuala Lumpur. Gambar M.FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Bell Ngasri, buntu memikirkan punca mengapa tawaran lakonan semakin berkurangan selepas dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ke-35.

Bagaimanapun, Bell nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 45, tidak patah semangat sebaliknya yakin akan rezeki lain yang ditakdirkan kepadanya.

“Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau orang takut panggil saya selepas menang.

“Tapi Alhamdulillah saya masih bekerja untuk beberapa program. Mungkin hanya tawaran berlakon yang agak kurang.

“Mungkin juga tidak banyak jenis cerita yang pengarah nak buat atau sebagainya. Saya pun tak tahu (punca) tapi serahkan semua pada rezeki,” katanya.

Bell ditemui Utusan Malaysia di tayangan gala filem 6 Jilake di sini, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Bell tetap bersyukur kerana tetap menerima tawaran lain bekerja sebagai pengacara program selain terlibat dengan kerja belakang tabir.

“Tapi semua kena faham, saya ada banyak juga kerja-kerja lain, bukan berlakon semata-mata.

“Namun, Alhamdulillah saya okey sahaja. Nak panggil silakan, kalau tak nak sudah,” katanya lagi.

“Saya tidaklah kecewa, sikit-sikit pun saya bersyukur sebab masa menang pun, bukannya hero yang berlambak dengan dengan drama atau filem.

“Namun, saya tidak mahu ada rasa kekurangan atau sebagainya dan tetap bersyukur. Terima kasih juga kepada mereka yang terus menghargai hasil kerja saya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Bell terlibat menjayakan filem terbaharu arahan Aziz M Osman bertajuk 6 Jilake sebagai Kasturi.

6 Jilake akan menemui penonton bermula 24 April ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya