Bekas tentera atau polis sebagai warden MRSM

Bekas tentera atau polis sebagai warden MRSM

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat menempatkan dalam kalangan bekas polis dan tentera sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, warden itu boleh dilantik melalui proses temu ramah dan penilaian holistik terhadap calon-calon pesara tentera atau polis yang mempunyai keupayaan yang baik untuk menerapkan elemen disiplin.

Selain itu katanya, warden itu perlu memantau secara lebih komprehensif pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar di asrama.

“Saya tidak setuju untuk diberikan peluang kedua kerana sejak dari awal saya diamanahkan sebagai Pengerusi Mara, berulang kali saya ingatkan dan tegaskan bahawa prinsip saya #YouTouchYouGo. 

“Tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli dan apa jua bentuk budaya buli di mana-mana Institusi Pendidikan Mara (IPMA) termasuk MRSM.

“Tidak kira anak sesiapa sekalipun, Tan Sri, Datuk hatta anak orang berpengaruh macam mana sekalipun, jika terlibat dalam buki, tindakan tegas dan keras akan diambil,” katanya dalam kenyataan.

Kata Asyraf Wajdi, beliau tidak akan melayani mana-mana melayani permohonan rayuan kes buli.

“Tidak perlu cari jalan untuk bertemu saya bagi maksud merayu. Pejabat saya tidak sesekali melayani pelaku-pelaku yang melanggar prinsip kemanusiaan seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya