Bekas atlet paralimpik rasa tidak dihargai

Bekas atlet paralimpik rasa tidak dihargai

ZUL Amirul Sidi Abdullah (kanan) menerima kunjungan Zulkifli Muhamed di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas atlet sukan renang paralimpik kebangsaan terkilan apabila jasanya yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa sebelum ini, seakan-akan dilupakan.

Zul Amirul Sidi Abdullah, 53, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal dengan kecacatan daripada pinggang ke kaki bersara pada 2017 dan kini berdepan kesempitan hidup.

“Saya cuma terkilan, seolah-olah sumbangan kepada negara dan negeri dilupakan.

“Mujurlah Majlis Sukan Negara (MSN) bantu dengan me­lantik saya sebagai penggerak atlet renang paralimpik dengan dibayar elaun sebanyak RM350 sebulan,” katanya.

Zul Amirul ditemui ketika menerima kunjungan Penaung Persatuan Cakna Rasa Sayang, Zulkifli Muhamed di rumah sewanya di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi di sini, semalam.

Tambahnya, dia kini meneruskan kehidupan de­ngan menjadi jurulatih renang persendirian dan beroleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

Katanya, dia amat mengharap­kan bantuan kerajaan, setidak-tidaknya sebagai penghargaan untuk jasanya sebagai atlet.

Sumbangan boleh disa­lurkan melalui akaun Maybank, Zul Amirul bernombor 155135049711. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya