Bekalan elektrik penduduk Putra Heights pulih - TNB

Bekalan elektrik penduduk Putra Heights pulih – TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di sekitar kawasan Subang Jaya, Selangor disebabkan kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights, pulih sepenuhnya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan sepanjang kerja pemulihan berjalan.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

“Kesabaran anda amat kami hargai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, penduduk di sekitar kawasan Putra Heights dan Subang Jaya mengalami gangguan bekalan elektrik susulan kebakaran besar yang berpunca daripada letupan paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya