Bayi hilang di Hospital Lipis tidak benar

Bayi hilang di Hospital Lipis tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang menafikan berlakunya kejadian sepasang bayi kembar hilang dilarikan doktor palsu di Hospital Kuala Lipis seperti tular dalam media sosial.

Jurucakapnya berkata, siasatan awal mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa menerima rawatan di Wad Kanak-kanak Hospital Lipis.

“Kali terakhir ibu ber­kenaan menerima rawatan di Hospital Lipis adalah pada Julai 2024 manakala dakwaan wujudnya doktor palsu yang bernama ‘Dr. Amalina Husna’ yang merawat bayi itu di Hospital Lipis juga tidak betul kerana tiada rekod kewujudan doktor tersebut di Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat oleh pe­ngurusan tertinggi Hospital Lipis bagi mengelakkan sebarang berita yang tidak ber­asas disebarkan sewenang-wenangnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya