Bayi 'diculik' di hospital: SOP keselamatan dipertingkat biarpun dakwaan berunsur fitnah

Bayi ‘diculik’ di hospital: SOP keselamatan dipertingkat biarpun dakwaan berunsur fitnah

DZULKEFLY Ahmad ketika Majlis Perasmian World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berkompromi dari segi keselamatan yang boleh menjejaskan kreadibiliti pengurusan fasiliti kesihatan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya akan terus mempertingkat kawalan prosedur operasi standard (SOP) di semua fasiliti kesihatan.

“Kita tidak boleh ambil mudah dan akan terus mempertingkat keberkesanan dan kawalan keselamatan di semua fasiliti kesihatan awam,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian World Physical Activity Day (WoPAD) Peringkat Kebangsaan 2025 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan kononnya sepasang bayi kembar dilarikan oleh seorang ‘doktor palsu’ yang dikatakan berlaku di Hospital Kuala Lipis.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan berlaku kes kehilangan bayi kembar sebagaimana artikel bertajuk ‘Sepasang Bayi Kembar Hilang Dilarikan oleh ‘Doktor Palsu’ di Hospital Kuala Lipis’ yang tular di media sosial.

Pada masa sama, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Ismail Man dilaporkan berkata, kejadian itu tidak berlaku dan dianggap fitnah.

Artikel yang tular itu mendakwa, sepasang bayi kembar yang dirawat selama sembilan bulan di Hospital Kuala Lipis dilaporkan hilang dan dilarikan oleh seorang doktor palsu dikenali sebagai ‘Dr Amalina Husna’.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Negeri Pahang memaklumkan, siasatan awal sudah dilaksanakan dan mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Lipis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya