Bawani KS calon PSM PRK DUN Ayer Kuning - Utusan Malaysia

Bawani KS calon PSM PRK DUN Ayer Kuning

BAWANI KS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS, 40, dipilih sebagai calon mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini.

Pengerusinya, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj berkata, pemilihan Bawani merupakan anak jati Ayer Kuning yang bertepatan dengan misi parti itu sebagai kuasa ketiga atau alternatif kepada Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PHBN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Beliau merupakan seorang peguam dan terlibat aktif sebagai aktivis masyarakat serta gerakan pelajar sebelum ini.

“Sekiranya menang, beliau akan menjadi suara membela rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak nanti,” katanya di Ayer Kuning di sini hari ini.

Pada PRU15 lalu, Bawani bertanding di kerusi DUN Ayer Kuning dalam pertembungan lima penjuru yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Ishsam Shahruddin.

Beliau mendapat 586 undi pada pilihan raya itu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya