Barbarik beraksi Jun ini - Utusan Malaysia

Barbarik beraksi Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Barbarik mengumumkan muncul dalam konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat bertempat di Zepp Kuala Lumpur, pada 28 Jun ini.

Menurut JoBranko selaku pemain gitar, buat julung kalinya mereka bakal mendendangkan rangkaian lagu dalam album sulung mereka, Peluru Cokelat yang baru dilancarkan 9 November lalu.

“Jika sebelum ini kami mendendangkan lagu-lagu ketika Muss bersama Wings iaitu dalam enam buah album, tetapi kali ini ada buah tangan baharu yang menampilkan identiti band Barbarik itu sendiri.

“Setiap konsert pasti mempunyai perbezaan dan terdapat elemen kejutan pada pembukaan, pertengahan dan penutup konsert. Kami jamin konsert ini bakal menguji andrenalin anda secara total dari mula hingga akhir,” katanya.

Dalam pada itu, Jo turut menjamin konsert itu bakal menjadi kenangan yang bermakna buat penonton yang hadir pada malam itu.

“Konsert akan berlangsung selama dua jam dan kami akan mendendangkan sekitar 20 buah lagu, termasuk lagu lama dan juga lagu baharu.

“Apa yang boleh kami janjikan adalah sebuah persembahan yang membuatkan penonton tidak berganjak walau sedikit pun,” katanya.

Selain Jo, kumpulan tersebut turut dianggotai penyanyi rock terkenal Muss (vokalis), Rozaimi (bass) dan Ainol (dram).

Meskipun baru ditubuhkan pada tiga tahun lalu, band tersebut telah berjaya mengadakan empat buah konsert sebelum ini iaitu Barbarik Pentas Keras 1.0 (2022), Double Trouble 2: Search X Barbarik (2023), Barbarik Pentas Keras 2.0 (2023) dan Barbarik Pentas Keras 3.0 (2024).

Konsert istimewa tersebut dibawakan oleh Karri Talk Production dengan penganjur bersama oleh Pentas Barbarik Sdn Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya