Bantuan RM5,000 dan RM2,500 untuk mangsa kebakaran

Bantuan RM5,000 dan RM2,500 untuk mangsa kebakaran saluran gas – PM

ANWAR ketika mengadakan tinjauan kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Heights, hari ini. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dan Petronas memberikan bantuan segera berjumlah RM5,000 kepada pemilik rumah yang rosak teruk serta RM2,500 kepada mereka yang terjejas dalam kejadian kebakaran saluran paip gas Petronas di Putra Heights, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat kejadian itu.

“Untuk langkah segera dalam satu atau dua hari ini, Petronas dan kalau perlu Kerajaan Persekutuan akan lihat keperluan menambah (bantuan), bagi rumah yang rosak sepenuhnya itu diberikan RM5,000 segera.

“Ini supaya mereka dapat belanja sementara dan yang mana (sedikit) terkesan itu, (bantuan) itu RM2,500,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu media melaporkan sekurang-kurangnya 190 kediaman dan 159 pelbagai jenis kenderaan termasuk 11 motosikal mengalami kerosakan akibat letupan saluran paip gas bawah tanah di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Razali Wan Ismail, berkata kebakaran bermula jam 8.10 pagi itu menyebabkan kenderaan milik penduduk berhampiran yang tidak sempat dialihkan mengalami kerosakan.

“Setakat jam 3.40 petang tadi, Komander Operasi di lapangan melaporkan kerja pemadaman masih diteruskan dan api hampir padam.

“Setakat ini sebanyak 190 unit rumah, 148 unit kereta dan 11 unit motosikal dikenal pasti mengalami kerosakan yang pelbagai akibat kebakaran dan haba panas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Wan Razali, kerja pembersihan dan pemeriksaan secara menyeluruh oleh pasukan bomba ke atas semua kediaman yang terjejas sedang dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya