Banjir akan terus berlaku hingga projek tebatan banjir siap 

Banjir akan terus berlaku hingga projek tebatan banjir siap 

ABD. Hamid (lima dari kiri) bergambar bersama tetamu khas pada Majlis Mesra Aidilfitri MBDK di sini hari ini. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Masalah banjir di beberapa kawasan ‘hot spot’ di Bandaraya Diraja Klang mampu diatasi setelah projek tebatan banjir bernilai RM80 juta siap menjelang tahun 2029.

Menurut Datuk Bandar Diraja Klang, Datuk Abd. Hamid Hussain, sementara menunggu projek tersebut siap, beberapa siri banjir akan terus berlaku di kawasan terbabit.

“Bagi pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), memang kita melihat (untuk menaiktaraf) infrastruktur kita, yang mana kita mempunyai peruntukan RM80 juta untuk menaiktaraf sistem perparitan kita di kawasan yang boleh mendatangkan banjir di Klang ini.

“Cuma pelaksanaan agak berperingkat, yang mana kita tidak boleh laksanakan secara serta-merta kerana ia melibatkan perolehan, jajaran dan sebagainya”katanya kepada pemberita pada Majlis Mesra Aidilfitri MBDK di sini hari ini.

Minggu lalu beberapa kawasan di bandaraya diraja tersebut seperti Meru dan Taman Sentosa telah dilanda banjir hingga menyebabkan 200 lebih penduduk ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Abd. Hamid berkata, selain masalah infrastruktur tebatan banjir yang belum siap, bencana tersebut minggu lalu berlaku disebabkan hujan lebat yang turun merekodkan bacaan melebihi 70mm iaitu 110mm.

Mengulas mengenai langkah mengatasi jumlah air hujan yang tinggi beliau berkata, pihaknya turut mengharapkan perparitan yang dibina pemaju projek untuk menampung limpahan air tersebut.

“Kita juga mengharapkan pemaju memenuhi syarat-syarat pembangunan yang dikenakan kepada mereka dilaksanakan (dengan sebaiknya).

“Justeru kita mengharapkan pemaju-pemaju di kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk banjir untuk menyediakan kolam takungan dan menyediakan sistem perparitan yang berkesan,”ujarnya.

Tambahnya lagi, sistem perparitan sedia ada yang sudah lama tidak mampu menampung air hujan dan kehadiran air pasang besar serentak, maka penambahbaikan perlu dilakukan dengan sistematik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya