Bangunan pusat perniagaan Ochre@Alamanda bakal ditukar nama Menara YAPIEM

Bangunan pusat perniagaan Ochre@Alamanda bakal ditukar nama Menara YAPIEM

MOHD. Na'im Mokhtar ketika melancarkan Bangunan Ibu Pejabat Baharu YAPIEM Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bangunan pusat perniagaan Ochre@Alamanda di sini, bakal bertukar nama kepada Wisma Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) atau Menara YAPIEM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama pihak Perbadanan Putrajaya (PPj).

Beliau berkata, Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud secara umumnya bersetuju dengan cadangan itu, namun terdapat beberapa proses yang sedang berjalan dan memerlukan sedikit masa.

“Kita harap agar bangunan ini akan dapat ditukar nama supaya orang ramai sedar kewujudan salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“YAPEIM telah banyak memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat Islam di negara ini.

“Saya rasa Presiden PPj tidak ada sebarang halangan untuk tukar nama, sebab bila sudah tukar kepada menara atau wisma YAPEIM ia kelak akan melambangkan keberadaan YAPEIM,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Serahan Sumbangan dan Pelancaran Bangunan Ibu Pejabat Baharu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, sekiranya bangunan berkenaan dapat bertukar nama ia akan menjadi satu sejarah di Wilayah Putrajaya yang mana agensi agama memiliki nama pada bangunannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya