Balai Polis Bandar Country Homes dinaik taraf 

Balai Polis Bandar Country Homes dinaik taraf 

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan memeriksa perbarisan anggota pada Majlis Perasmian Balai Polis Country Homes, Rawang, Selangor. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Balai Polis Bandar Country Homes di sini telah dinaik taraf daripada balai komuniti kepada balai polis daerah sepenuhnya, berkuat kuasa 1 Julai tahun lalu. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penambahbaikan ini akan meningkatkan keselamatan di kawasan tersebut. 

Katanya, balai tersebut kini beroperasi dengan kekuatan 37 anggota meliputi kawasan seluas 97.53 kilometer persegi dengan populasi dianggarkan seramai 146,000 orang. 

“Bangunan baharu dua tingkat ini turut dilengkapi dengan 15 unit kuarters kediaman untuk kakitangan.

“Bermula dengan identiti sebagai balai polis komuniti dengan kekuatan hanya seramai 11 orang kini dinaik taraf sebagai balai polis induk dan penambahan keluasan kawasan pentadbiran meliputi Pondok Polis Batu Arang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Balai Polis Bandar Country Homes, hari ini. 

Tambah Ayob Khan, ia sejajar dengan kemudahan fasiliti yang dimiliki selain mampu meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dan kebajikan keluarga polis.

“Terutama dengan ancaman jenayah yang semakin kompleks, peranan dan tanggungjawab warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin mencabar. 

“PDRM terus merancakkan usaha mempelbagaikan medium pemantauan dan kawalan keselamatan menerusi jalinan kerjasama utuh dengan masyarakat menerusi kepolisan masyarakat,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya