Badan Peguam diperintah bayar ganti rugi RM340,000 kepada Muhammad Shafee 

Badan Peguam diperintah bayar ganti rugi RM340,000 kepada Muhammad Shafee 

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Badan Peguam Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM340,000 kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung penerbitan dan penyerahan usul untuk dibincangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), 10 tahun lalu. 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh memutuskan demikian selepas mendapati badan itu telah menyalahi undang-undang dengan membenar dan menerbitkan usul mengutuk Muhammad Shafee sebelum merujuk perkara itu kepada Lembaga Tatatertib. 

Mahkamah kemudian memberikan ganti rugi sebanyak RM200,000 untuk kerosakan reputasi, RM100,000 (kehilangan peluang profesional), RM20,000 (tekanan mental dan kesihatan) serta RM20,000 (ganti rugi teruk).

Pada pada Mac 2015, Muhammad Shafee telah memfailkan saman tersebut dengan menamakan Majlis Peguam; bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas; bekas Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V.C. George sebagai defendan.

Muhammad Shafee mendakwa pada 28 Februari 2015, Tommy yang disokong oleh George telah menerbitkan dan menyerahkan usul untuk dibincangkan di AGM Majlis Peguam pada 14 Mac 2015.

Usul itu berhubung peranan Muhammad Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam  rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan mendakwa beliau (Muhammad Shafee) telah melanggar peraturan profesion undang-undang yang melarang peguam daripada mencari publisiti untuk diri sendiri.

Usul itu turut mendakwa Muhammad Shafee terlibat dalam jelajah di seluruh negara bagi menghina banduan dan menarik perhatian terhadap peranannya dalam sabitan ke atas Anwar.

Pada 26 Mei 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang difailkan Muhammad Shafee terhadap responden. Mahkamah Rayuan pada 11 Oktober 2018, menolak rayuan Muhammad Shafee dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 19 Ogos 2020, Muhammad Shafee beroleh kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah tersebut.

Pada 20 Oktober 2021, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Muhammad Shafee dan memerintahkan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya