Badan hampir terputus selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri

Badan hampir terputus selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri

BEBERAPA anggota bomba cuba menurunkan mayat seorang lelaki yang tersangkut di koridor selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum, George Town, Pulau Pinang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN : Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijumpai dalam keadaan badan hampir terputus dua di sebuah koridor dipercayai selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum di sini, petang semalam.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitenden Lee Swee Sake berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.07 petang.

 

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa merupakan penghuni di pangsapuri berkenaan dan tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian mahupun pada badan si mati.

 

“Mayat lelaki itu kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

 

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video mengenai kejadian tersebut yang memaparkan tubuh seorang lelaki tersangkut dalam keadaan hampir terputus dua di koridor sebuah pangsapuri di sini.

 

Menurut Swee Sake, buat masa ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Dalam pada itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebar atau menularkan gambar serta video kejadian menerusi media sosial kerana ia dikhuatiri boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya