Babak buka baju sebahagian daripada karakter Fadlan - Shukri Yahaya - Utusan Malaysia

Babak buka baju sebahagian daripada karakter Fadlan – Shukri Yahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelakon, Shukri Yahaya berkata, adegan buka baju dalam filem Blood Brothers: Bara Naga adalah sebahagian daripada tuntutan naskhah.

Jelas Shukri, dia bersetuju melakonkan adegan itu kerana ia penting bagi menunjukkan perubahan sikap karakter Fadlan lakonannya.

“Pada saya, babak buka baju itu merupakan satu ‘character development’ untuk untuk tunjukkan transformasi watak Fadlan yang sebelum dan selepas.”

“Dan saya bersetuju dengan rela hati untuk buat perkara itu adalah untuk menghidupkan watak ini.”

“Saya harap orang terima sebab saya nak juga penonton nampak kelainan pada saya,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Pertama kali keluar dari zon selesa dengan melakonkan naskhah layar lebar, Shukri atau Mohd Shukri bin Yahaya, 36, sangat komited menjayakan karakter Fadlan sehingga melakukan senaman bagi mendapatkan otot badan.

“Untuk menjayakan babak itu pula saya memang buat badan dan jaga pemakanan.

“Saya banyakkan bersenam di rumah dan buat persiapan dari segi latihan ‘sparring’ bersama kumpulan pelatih lagak ngeri, Defenderz.”

Selain Shuk, turut sama menjayakan filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini ialah Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Blood Brothers ditayangkan bermula 10 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya